MIAMI 20 Ogos – Lionel Messi sekali lagi membantu Inter Miami menewaskan Nashville SC pada perlawanan akhir Piala Liga pada Sabtu menerusi kemenangan 10-9 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat perlawanan.
Pada perlawanan semalam, Messi membuka jaringan pada minit ke-23, sekali gus menjaringkan gol ke-10nya pada kejohanan itu menerusi rembatan dari jarak jauh melepasi beberapa pemain pertahanan ke sudut kiri atas jaring.
Pemain Nashville, Fafa Picault Nashville menyamakan kedudukan buat pasukan tuan rumah pada minit ke-57.
Dalam penentuan sepakan itu, penjaga gol Nashville, Elliot Panicco terlepas sepakan terakhir untuk membawa Nashville memenangi trofi pertama mereka sejak 2020.
“Ia adalah satu penghormatan besar bagi memainkan peranan dalam kemenangan pertama kami di final,” kata penjaga gol Miami dan pemain terbaik perlawanan Drake Callender, yang menyelamatkan dua gol dalam penentuan sepakan penalti dan menyempurnakan penaltinya sendiri.
"Ia agak nyata dan sangat beremosi. Pasukan ini bekerja keras hari demi hari, dan untuk memastikan sampai ke final. Sungguh mengagumkan untuk melihat ketabahan dan kepercayaan. Sesuatu yang istimewa untuk menjadi sebahagian daripadanya," kata Callender.
Miami mempunyai rekod terburuk dalam MLS musim ini, tetapi ketibaan Messi telah mencetuskan kebangkitan mendadak dengan skuad itu telah menjaringkan 22 gol dalam tujuh perlawanan terakhir mereka.
Trofi itu merupakan trofi ke-44 Messi, sepanjang kariernya.
Pemenang Ballon d'Or tujuh kali itu dinamakan pemain kejohanan itu, termasuk pasukan dari MLS dan Liga MX.
"Ia adalah perlawanan yang sengit untuk kedua-dua pasukan, sama ada boleh memenanginya," kata ketua jurulatih Miami, Gerardo "Tata" Martino.
"Ia berakhir dengan seri dan saya fikir seri adalah adil. Dan jelas sekali ia berakhir dengan sepakan penalti, yang memerlukan banyak ketenangan, kapasiti hebat daripada penjaga gol, dan kami memenangi perlawanan.
Kelab Miami, yang melantik Martino sebagai jurulatih bulan lalu dan menandatangani bekas rakan sepasukan Messi di Barcelona, Jordi Alba dan Sergio Busquets, juga telah memperoleh tempat Liga Juara-Juara CONCACAF dengan larian Piala Liga mereka.
“Kami tidak bermain dengan baik sebelum ini dan kami terpaksa menggabungkan ramai pemain baharu,” kata Martino.
"Saya sangat kagum dengan cara kami bersatu," katanya.-REUTERS