fb fb fb fb fb

EPL: Alvarez legakan Manchester City

(FOTO AFP)

MANCHESTER, 20 Ogos – Rembatan pemain tengah Julian Alvarez memberikan Manchester City kemenangan 1-0 ke atas Newcastle United dalam perlawanan pertama mereka di laman sendiri di Eitihad.

Pada perlawanan semalam, Manchester City dilihat mendominasi permainan mengatasi Newcastle United kendalian Eddie Howe.

Pada perlawanan itu juga, Pep Guardiola memasukkan Phil Foden bagi menggantikan Kevin De Bruyne yang cedera.

Pemain antarabangsa England berusia 23 tahun itu tidak mensia-siakan peluang dengan memperagakan persembahan terbaiknya.

(Penyerang Manchester City dari Argentina #19 Julian Alvarez (C) meraikan kejayaan
selepas menjaringkan gol pembukaan semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris
antara Manchester City dan Newcastle United di Stadium Etihad di Manchester / FOTO AFP)

Alvarez memecah kebuntuan pada minit ke-31 apabila Foden menghantar bola di tepi kotak penalti dan pemain Argentina itu merembat rembatan kencang menewaskan penjaga gol Newcastle, Nick Pope bagi membolehkan Manchester city mendahului 1-0.

Bersambung babak kedua,Newcastle memperkemaskan permainan dan mengasak gawang Manchester City pada 15 minit terakhir permainan

Pelawat akhirnya berjaya mula memberikan tekanan dalam 15 minit terakhir, tetapi ketumpulan jentera serangan mengecewakan skuad Magpies.

Pemain gantian, Callum Wilson mensia-siakan peluang selepas terlepas peluang menjaringkan gol menerusi serangan balas yang diatur skuad berkenaan.

City hampir- hampir menambah gol kedua menerusi Foden.Tapi sepakannya melepasi palang gol. "Saya seronok bermain di sana, semoga pada masa hadapan saya boleh terlibat lebih banyak perlawanan di sini dan menunjukkan kepada penyokong apa yang boleh saya lakukan," kata Foden ketika ditemubual stesen televisyen selepas tamat perlawanan.

"Pengurus Pep bercakap dengan saya beberapa kali, dia berkata untuk terus bersabar, 'Anda sentiasa berlatih dengan sangat baik dan bekerja keras dan anda akan mendapat peluang anda pada masa hadapan', dan sekarang saya menepatinya, saya lebih daripada gembira," kata Foden lagi.

Sementara itu, Jurulatih Newcastle Eddie Howe menyifatkan perlawanan tersebut sangat sukar dan menjelaskan pasukannya seringkali melakukan kesilapan dan mensia-siakan peluang terhidang.

"Ia adalah perlawanan yang sukar kerana kami tahu ia akan menjadi. Mereka pasukan elit.

"Kami cuba yang terbaik untuk melaksanakan rancangan kami, kami melakukan yang lebih baik pada separuh masa kedua, tetapi apabila tiba saatnya kami tidak cukup tajam di depan pintu gol," kata Howe kepada TNT.-REUTERS

Media Baharu