fb fb fb fb fb

MABA bincang dengan KBS bawa pemain naturalisasi



KUALA LUMPUR, 23 Januari- Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) sedang berbincang dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk merealisasikan hasrat mendapatkan pemain naturalisasi untuk pasukan kebangsaan.

Presidennya, Datuk Seri Lee Tian Hock berkata, ia merupakan antara usaha MABA dalam meningkatkan mutu bola keranjang negara dan bersaing di peringkat Asia Tenggara dan Asia.

"Pemain naturalisasi diperlukan, seperti sedia maklum, bola keranjang amat memerlukan fizikal yang tinggi, namun rata-rata rakyat malaysia tidak mempunyai ketinggian yang mencukupi.

Apabila kerajaan bersetuju, kita akan pergi ke negara-negara yang mempunyai pemain yang tinggi dan kos yang murah, antaranya Bosnia, kita akan cari mereka yang berbakat seawal usia 12 tahun, kita akan latih dan sediakan kemudahan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco MABA di sini.

Jelasnya lagi, sasaran Sukan SEA akan datang adalah untuk mendapatkan sekurang-kurangnya pingat gangsa dan ia amat realistik buat masa ini.

Media Baharu