fb fb fb fb fb

MSN cari jurulatih jangka panjang Skuad Olahraga Para Kebangsaan.



IPOH, 23 Januari- Majlis Sukan Negara (MSN) merancang untuk mendapatkan jurulatih jangka panjang Skuad Olahraga Para Kebangsaan, termasuk bagi pelari pecut para, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, isu penyambungan atau penamatan kontrak jurulatih adalah di luar bidang kuasanya.

"Pada pandangan saya, dalam sukan, jurulatih datang dan pergi, yang penting sukan itu dapat diteruskan dan saya harap atlet-atlet kita dapat terus melakar kejayaan untuk menaikkan nama negara," katanya selepas menyempurnakan Larian Baton Komanwel sempena Queen's Baton Relay Commonwealth Games 2022 di Padang Lintau, Kampung Tengku Hussein, di sini.

Beliau mengulas mengenai kontrak Ketua Jurulatih Skuad Olahraga Para Kebangsaan, R. Jeganathan yang tamat hujung tahun lalu atas faktor usia yang telah melepasi 60 tahun.

Semalam, MSN menerusi catatan di Twitter memaklumkan, rayuan Jeganathan akan diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja selepas sambutan Tahun Baru Cina.

Media Baharu