FOTO FB SELANGOR MAC
SHAH ALAM, 23 Januari- Penyandang juara Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL), Selangor MAC terus kekal selaku kelompok pendahulu liga, selepas menundukkan Kelab PDRM dengan 4-2 di Kompleks Sukan Negara Panasonic di sini.
Skuad kendalian Addy Shairullyzam Shafie kini berada di tangga kedua, dengan enam mata hasil tiga perlawanan.
Kelab PDRM terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Ahmad Shafeez Ibrahim pada minit ke-6.
Dua minit kemudian, Selangor MAC menyamakan kedudukan menerusi Saad Sani.
Fariq Mohammad selepas itu menambah jaringan buat Selangor MAC, diikuti Ekmal Shahrin yang cemerlang dengan dua gol peribadi.
Rushdi Husin kemudian meledak satu lagi jaringan buat PDRM, namun masih belum dapat mengubah nasib pasukan itu yang kini berada di tangga ke-9 liga.