fb fb fb fb fb

'Luqie' yakin kemampuan rakan sepasukan

PETALING JAYA, 4 Mei- Penyerang muda sensasi, Luqman Hakim Shamsudin percaya persefahaman yang baik antara pemain dan jurulatih dalam skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara, mampu menghadirkan pingat emas pada Sukan SEA di Hanoi, Vietnam. 

Menurutnya, persefahaman baik yang dibentuk dalam skuad kendalian Brad Maloney itu semasa beberapa aksi persahabatan sebelum ini, memberikan mereka kelebihan apabila berdepan lawan pada temasya dwitahunan itu nanti.

Luqman yang beraksi untuk KV Kortrijk di Divisyen Satu Liga Belgium berkata, walaupun bakal berdepan cabaran sengit, dia percaya Malaysia mampu menampilkan prestasi terbaik dengan memberikan fokus seratus peratus dalam setiap perlawanan. 

"Harapan saya untuk pasukan ini sudah tentu nak pingat emas, bukan perak atau gangsa, sasaran emas sahaja. Semua sudah membuat persiapan terbaik, kita sudah bermain aksi persahabatan dengan Timor Leste dan Filipina. "Friendly" tu dapat persefahaman dengan baiklah,"katanya.

Luqman ditemui semasa sesi latihan terakhir skuad negara di Kompleks Sukan PKNS, Petaling Jaya, semalam.


(Sesi latihan terakhir skuad negara di Kompleks Sukan PKNS, Petaling Jaya, semalam)

Skuad bimbingan Brad Maloney itu akan berlepas ke Hanoi pagi ini bagi menghadapi saingan Sukan SEA.

Diundi dalam Kumpulan B, Malaysia akan berdepan dengan Thailand pada 7 Mei, dikuti Laos (11 Mei), Singapura (14 Mei) dan Kemboja (16 Mei).

Hanya dua pasukan terbaik dalam peringkat kumpulan akan mara ke separuh akhir.

 

Media Baharu