fb fb fb fb fb

Kejohanan boling padang tertutup dunia: dua wakil negara di kedudukan 16 terakhir

KUALA LUMPUR, 4 Mei- Harapan skuad boling padang negara meraih pingat dalam Kejohanan Tertutup Dunia di Bristol, United Kingdom nampaknya tidak kesampaian.

Ia selepas dua wakil negara, Fairus Abd Jabal dan Nur Alyani Jamil hanya mampu menamatkan perjuangan di kedudukan 16 terbaik kejohanan tersebut.

Meskipun kecewa, Ketua Jurulatih Skuad Boling Padang Kebangsaan, Zuraidi Puteh tetap berpuas hati dengan kesungguhan ditampilkan kedua-dua pemain tersebut.

Jelasnya, ini merupakan satunya-satunya kejohanan yang belum pernah dimenangi skuad boling padang negara.

"Kita telah berjaya dalam semua kejohanan, seperti di Asia Pacific kita menang pingat emas, di Komanwel kita menang emas, 'indoor championship' di Manila kita pernah menang medal, 'single outdoor' kita pernah menang medal, cuma 'indoor championship' ini yang kita belum pernah lagi menang," katanya.


(Ketua Jurulatih Skuad Boling Padang Kebangsaan, Zuraidi Puteh)

Ujarnya, fokus skuad kebangsaan kini beralih kepada kejohanan Siri Ujian Empat Negara di Leamington Spa Bowls Club, United Kingdom.

Skuad negara ketika ini sedang berkampung di Birminghim sebagai persiapan menghadapi Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, pada Julai depan.

Media Baharu