(Trent Alexander Arnold dan Ibrahim Konate berpelukan ketika mereka meraikan penghujung perlawanan bola sepak separuh akhir kedua Liga Juara-Juara UEFA antara Liverpool dan Villarreal)
SEPANYOL, 4 Mei - Liverpool berjaya melangkah ke final Liga Juara-Juara (UEFA) selepas menewaskan Villarreal dengan agregat 5-2.
Villarreal mendahului 1-0 hasil rembatan Boulaye Dia minit ketiga dalam perlawanan yang berlangsung di Estadio de la Ceramica, Sepanyol.
Pasukan tuan rumah kemudian terus mendahului 2-0 hasil tandukan Francis Coquelin pada minit ke-41.
Bersambung babak kedua, Liverpool yang ketinggalan terus memburu gol dan akhirnya berjaya merapatkan jurang 1-2 menerusi tendangan Fabinho minit ke 62.
(Alfonso Pedraza merebut hantaran bola dengan pemain pertahanan Liverpool Trent Alexander Arnold)
Lima minit berselang The Reds menyamakan kedudukan dua sama hasil tandukan Luis Diaz pada minit ke-67.
The Reds kemudian mendahului 3-2 pada minit ke-74 apabila Sadio Mane membolosi gawang dengan rembatan kaki kirinya.
Liverpool akan beraksi bertemu pemenang perlawanan akhir antara Real Madrid atau Manchester City yang akan bermain di Stade de France, Paris pada 28 Mei.
Aksi perlawanan pusingan kedua Real Madrid dan Manchester City akan berlangsung di Stadium Santiago Bernabeu pada Rabu