fb fb fb fb fb

Lukaku bakal sertai semula Inter Milan

(FOTO AFP)

LONDON, 22 Jun - Penyerang Chelsea, Romelu Lukaku akan menyertai semula Inter Milan dengan perjanjian pinjaman selama setahun selepas mengharungi kekecewaan bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Inter dilaporkan telah berunding mengenai yuran pinjaman berjumlah $8.4 juta euro untuk menandatangani Lukaku, yang dilaporkan bersetuju dipotong gaji untuk meninggalkan Stamford Bridge.

Pemain Belgium itu menyertai Chelsea dalam perjanjian rekod kelab £97.5 juta sebelum permulaan musim lalu, mendakwa perpindahan itu adalah kepulangan yang penuh emosi selepas dia bermain untuk kelab itu dari 2011 hingga 2014.

Tetapi, selepas menjaringkan empat gol dalam empat penampilan pertamanya, aksi kedua pemain berusia 29 tahun itu bersama Chelsea dengan segera bertukar suram.


(Foto AFP)

Lukaku menamatkan musim ini sebagai penjaring terbanyak Chelsea dengan 15 gol, tetapi bekas pemain Manchester United dan Everton itu hanya menjaringkan lapan gol dalam liga.

Dia hanya menjaringkan gol sebanyak tiga kali dalam 15 penampilan terakhirnya di liga utama kerana gagal membayar balik yuran perpindahannya yang tinggi.

Temu bual kontroversi dengan TV Itali pada Disember lalu memaparkan Lukaku mengakui tidak berpuas hati dengan cara pengendali Chelsea, Thomas Tuchel dan membayangkan dia sudah berfikir untuk pergi.

Lukaku, yang memenangi kejuaraan Serie A bersama Inter pada tahun 2021, digugurkan seketika oleh Tuchel berikutan kemarahannya dan terpaksa meminta maaf kepada Chelsea dan penyokong kelab itu pada bulan Januari. -AFP

Media Baharu