LONDON, 21 Jun - Sukan trek dan padang boleh mengikuti sukan renang dalam memperkenalkan dasar yang tegas mengenai penyertaan atlet transgender dalam acara wanita.
Demikian tegas Presiden Olahraga Dunia Sebastian Coe.
Menurut Coe, Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) juga telah memperketatkan peraturan berkaitan isu tersebut.
(FOTO FAIL)
Beliau bertanggungjawab sepenuhnya untuk melindungi integriti sukan wanita dan keadilan penting baginya.
Bawah peraturan Olahraga Dunia, wanita transgender perlu menunjukkan mereka mempunyai tahap testosteron yang rendah selama sekurang-kurangnya 12 bulan sebelum pertandingan. - AFP