fb fb fb fb fb

LTdL: Malucelli tarik diri akibat kemalangan

Pelumba Itali itu terlepas peluang untuk bersaing berbaki dua peringkat perlumbaan /FOTO BERNAMA

SHAH ALAM, 3 Oktober - Penyandang jersi jingga dan pendahulu Le Tour de Langkawi (LTdL), Matteo Malucelli dari XDS Astana Team, terpaksa menarik diri daripada perlumbaan Peringkat Keenam yang berlangsung hari ini, dari Shah Alam ke Port Dickson.

Pelumba kelahiran Itali itu terlibat dalam kemalangan di kilometer 16.5 pada awal perlumbaan yang berlangsung ketika hujan.

Kemalangan tersebut turut melibatkan beberapa pelumba lain, termasuk Erland Blikra dari pasukan Uno-X Mobility.

Bagaimanapun, pelumba Norway itu berjaya meneruskan perlumbaan selepas kejadian tersebut.

Malucelli kini terlepas peluang untuk bersaing dalam baki dua peringkat perlumbaan LTdL.

Sepanjang edisi LTdL tahun ini, Malucelli merekodkan beberapa kedudukan podium, termasuk menjuarai Peringkat Pertama (mengelilingi Pulau Langkawi), Peringkat Ketiga (Gerik-Pasir Puteh), dan Peringkat Keempat (Kuala Terengganu-Kemaman).

MUHAMMAD 'AZAMUDDIN HUSSAIN