fb fb fb fb fb

LTdL 2025: Aiman Rosli cipta sensasi di Medini

Foto/LTdL 2025

ISKANDAR PUTERI, 4 Oktober - Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Nur Aiman Rosli mencipta sensasi apabila menamatkan saingan di tempat kedua pada peringkat ketujuh Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025, hari ini.

Aiman, kelahiran Muar, Johor hanya ketinggalan dua saat di belakang pelumba pasukan Unibet Tietema Rockets, Zeb Kyffin, yang muncul juara dalam kayuhan terpanjang edisi kali ini sejauh 214.9 kilometer dari Melaka ke Medini, Johor.

Tempat ketiga menjadi milik Arvid De Kleijn daripada Tudor Pro Cycling Team, dengan perbezaan lapan saat di belakang Aiman.

Pencapaian cemerlang turut membolehkan pelumba berusia 26 tahun itu bergelar pelumba terbaik Asia bagi peringkat ketujuh.

Sementara itu, Erlend Blikra dari pasukan Uno-X Mobility terus mempertahankan jersi hijau selaku juara pecut, dengan kutipan keseluruhan 55 mata setakat ini.

Saingan penutup tirai LTdL 2025 akan berlangsung esok menerusi peringkat kelapan membabitkan kayuhan sejauh 180.2 kilometer dari Tangkak, Johor ke Kuala Lumpur.

TUAN MOHAMAD IKRAM BIN TUAN MUHAMAD