fb fb fb fb fb

LTDL 2023 : Astana Qazastan sahkan penyertaan

(FOTO HIASAN)

PETALING JAYA, 15 Ogos -Astana Qazastan menjadi pasukan terawal dalam kalangan pasukan berstatus 'World Team' yang telah mengesahkan penyertaan pada perlumbaan berbasikal Le Tour De Langkawi (LTDL) 2023.

Perkara tersebut disahkan Ketua Pegawai Operasi LTDL 2023, Emir Abdul Jalal.

Jelasnya dalam satu kenyataan hari ini, meskipun sudah mengesahkan penyertaan namun Astana masih belum menghantar senarai penuh nama-nama pelumbanya.

(FOTO HIASAN)

Katanya, pasukan berkenaan dijangka akan menurunkan barisan pelumba terbaik mereka untuk berdepan cabaran perlumbaan berstatus 2 Pro-Series.

Emir menjangkakan antara pelumba Astana yang akan diturunkan ialah Lutsenko yang pernah memenangi jersi kuning Giro di Sicilia serta dua peringkat di Circuito de Getxo-Memorial Hermanos Otxoa, selain menjuarai acara lebuh raya dan ujian masa individu kebangsaan Kazakhstan pada musim ini.

Seramai Seratus 32 pelumba daripada 22 pasukan berstatus WorldTeam, ProTeam, Continental dan pasukan kebangsaan Malaysia akan menyertai perlumbaan edisi ke-27 kali ini.

Media Baharu