fb fb fb fb fb

De Bruyne bakal tersisih akibat kecederaan lutut

(FOTO AFP)

MANCHESTER, 16 Ogos - Bintang Manchester City, Kevin De Bruyne bakal disisihkan selama tiga atau empat bulan selepas mengalami kecederaan lutut (hamstring) kata pengurus kelab berkenaan, Pep Guardiola pada Selasa.

De Bruyne mengalami kecederaan tersebut dan terpaksa digantikan pada babak pertama pada aksi pertama pasukan itu ketika menang ke atas Burnley pada Jumaat lepas.

Kecederaan berkenaan merupakan kecederaan sama yang dialami De Bruyne pada aksi final Liga Juara ketika menentang Inter Milan Jun lalu.

Guardioala berkata demikian sehari sebelum pasukannya menentang Sevilla pada perlawanan merebut Piala Super UEFA yang menemukan pemenang Liga Juara dan Liga Europa musim lalu.-Arabnews


(Pemain Manchester City, Kevin De Bryune berjalan meninggalkan padang selepas
terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan hamstring pada perlawanan menentang
Burnley Jumaat Lalu/FOTO AFP)

Media Baharu