fb fb fb fb fb

Denis Zakaria sertai Monaco

(Foto AS MONACO)

MONACO, 15 Ogos- Pemain antarabangsa Switzerland, Denis Zakaria telah menyertai Monaco dari Juventus.

Monaco berkata pemain berusia 26 tahun itu telah menandatangani kontrak selama lima tahun.

Sumber yang rapat dengan rundingan memberitahu AFP bahawa Monaco membayar yuran perpindahan sebanyak 20 juta Euro (AS$21.8 juta) kepada Juventus.

Zakaria menyertai Juventus pada Januari 2022 dan membuat 11 penampilan sebelum dipinjamkan ke Chelsea pada September lalu.

Zakaria akan bermain di bawah Adi Huetter buat kali ketiga.

Menurut jurulatih warga Austria itu, Huetter, Zakaria seorang yang sangat berbakat dan gaya permainannya sesuai dengan kelab tersebut.

"Saya bertemu dengan Zakaria ketika beliau berusia 18 tahun di Young Boys. Kemudian saya bertemu semula dengannya di Borussia Mönchengladbach. Zakaria akan menjadi rekrut yang baik dan corak permainannya sangat sesuai dengan Monaco," katanya kepada pemberita di sini. - AFP


(Foto AS MONACO)

Media Baharu