KUALA LUMPUR, 6 Oktober - Menjelang jelajah berbasikal Le Tour De Langkawi (LTDL) 2022 yang akan berlangsung minggu depan.
Ketua Jurulatih skuad kebangsaan, Mohd Yusof Nasir menjelaskan, tiga peringkat pertama perlumbaan bakal menjadi medan terbaik buat pelumba negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu kedudukan podium.
Tiga peringkat tersebut membabitkan laluan dari Kuala Pilah ke Kuala Lumpur, Kuala Klawang ke Raub dan Putrajaya ke Genting Highland dengan jarak keseluruhan lebih 460 kilometer.
"Ini kerana laluan itu adalah laluan berbukit dan akan menentukan dimanakah pasukan negara diletakkan pada masa itu.
"Tapi pada saya, mana-mana laluan pun kita masih berharap yang kita dapat melakukan yang terbaik dan sekurang-kurangnya kita berusah mendapatkan podium untuk satu peringkat," katanya kepada RTM di sini.
Mohd Yusof bercakap kepada RTM, misi itu mampu dicapai berdasarkan pengalaman luas pelumba negara Nik Mohd Azwan Zulkiflie dan Sofian Nabil Omar Bakri yang dibantu pelumba muda berpotensi seperti Kee Zhe Yie.
Tambahnya, skuad negara turut menerima suntikan moral menerusi tajaan Heavy Cycling Club yang diasaskan oleh Tengku Datuk Indera Abu Bakar Ahmad Tengku Tan Sri Abdullah.