fb fb fb fb fb

Piala Dunia 2022 yang terakhir buat Messi

(Lionel Messi meraikan kejayaan menjaringkan gol semasa perlawanan bola sepak
persahabatan antarabangsa antara Argentina dan Jamaica di Arena Red Bull/AFP)

BUENOS AIRES, 7 Oktober- Kapten skuad bola sepak kebangsaan Argentina, Lionel Messi mengumumkan bahawa Piala Dunia 2022 di Qatar "pasti" akan menjadi yang terakhir dalam kariernya.

"Ia adalah Piala Dunia terakhir saya, sudah tentu. Saya berasa sihat dari segi fizikal. Saya dapat melakukan pramusim yang sangat baik tahun ini, yang tidak dapat saya lakukan tahun lepas.

Ia penting untuk sampai ke tempat saya sekarang, dengan prestasi dan keadaan fikiran yang baik serta harapan yang tinggi," kata pemain berusia 35 tahun itu kepada ESPN-Argentina.

Messi membuat penampilan sulung antarabangsanya pada 2007 dan sejak itu telah menyarung jersi Argentina sebanyak 164 kali. -AFP

(Kapten skuad bola sepak kebangsaan Argentina, Lionel Messi/AFP)

Media Baharu