fb fb fb fb fb

FAM bakal bekerjasama dengan Qatar

(Foto Facebook Football Association of Malaysia)

KUALA LUMPUR, 6 Oktober- Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menolak kemungkinan mengadakan kerjasama bola sepak dua hala antara Malaysia dan Qatar.

Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata perkara itu dibincangkan semasa melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Persatuan Bolasepak Qatar (QFA) Sheikh Hamad Khalifa Ahmed Al Thani di pejabatnya di Al-Bidda Tower, Doha, semalam.

Turut hadir Naib Presiden QFA Saud Abdulaziz al-Mohannadi dan Setiausaha Agung QFA Mansour al-Ansari.

Hamidin berkata dalam perbincangan itu, kedua-dua pihak berkongsi pandangan isu kepentingan bersama demi manfaat positif bola sepak Malaysia dan Qatar.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Presiden QFA yang meluangkan masa beliau untuk membincangkan kemungkinan kerjasama bola sepak dua hala antara Malaysia dan Qatar.

“Saya yakin ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara dalam jangka panjang,” kata Hamidin dalam satu hantaran di laman Facebook FAM, hari ini.


(Foto Facebook Football Association of Malaysia)

Media Baharu