fb fb fb fb fb

LTDL 2022: KBS harap musim tengkujuh tidak jejas suasana, perjalanan perlumbaan

(Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu)

KUALA LUMPUR, 4 Oktober- Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berharap perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTDL) 2022 tidak akan terjejas dengan ketibaan musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut tidak lama lagi.

Selain kejohanan berprestij di Asia itu yang berlangsung Oktober ini, acara lain yang turut diadakan dalam tempoh terdekat ialah Sukan Para Malaysia serta Kejuaraan Motosikal (MotoGP) Malaysia.

Jelas Ahmad Faizal, selepas dua tahun tidak diadakan, penganjuran LTDL bagi edisi kali ini dilihat lebih menarik dengan kehadiran enam pasukan elit dunia.


(LTDL 2022 bakal berlangsung pada 11-18 Oktober ini)

"Pasukan elit antarabangsa, kalau sebelum ini dua pasukan elit sahaja yang menyertainya jadi sekarang yang terbesar saya harap, monsun yang kita jangkakan akan berlaku ini tidak akan merencatkan kejohanan LTDL tahun ini," katanya.

Beliau ditemui selepas menjadi tetamu dalam program bual bicara di Angkasapuri.

LTDL 2022 akan membuka tirainya pada 11 Oktober ini, diikuti MotoGP Malaysia di Sepang pada 23 Oktober dan PARA SUKMA pada November depan.

Media Baharu