fb fb fb fb fb

E-Sukan : Insentif pengecualian cukai dilaksana tahun depan

(Foto Hiasan)

KUALA LUMPUR, 4 Oktober- Bermula tahun depan, atlet sukan elektronik atau e-Sukan, bakal menerima maanfaat insentif pengecualian cukai pendapatan ke atas hadiah kemenangan yang diterima mereka dalam mana-mana pertandingan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Esport Integrated, Ahmed Faris Amir berkata, insentif yang diumumkan dalam bajet 2022 itu, kini dalam fasa akhir sebelum dilaksanakan.

Menurut Ahmed Faris, insentif ini akan diletak di bawah garis panduan pembangunan e-sukan nasional yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

"Sekarang ni cuma ada sedikit kerja-kerja perundangan yang masih belum diselesaikan tetapi kita masih belum terlewat dan ianya akan dilaksana tidak lama lagi,"katanya.

Beliau ditemui ketika pelancaran Liga E-Sukan Malaysia, MEL 2022.

Liga berkenaan menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan hampir RM300,000 termasuk liga paralimpik khusus untuk atlet kelainan upaya.


(Ketua Pegawai Eksekutif, Esport Integrated, Ahmed Faris Amir)

Media Baharu