fb fb fb fb fb

Liverpool waspada dengan ancaman Villareal

ENGLAND, 3 Mei- Liverpool belum boleh bersenang-lenang meskipun telah menewaskan Villarreal 2-0 pada aksi separuh akhir pertama.

Pengendalinya, Jurgen Klopp menegaskan skuad kendaliannya perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan pada aksi timbal balik di Estadio de la Ceramica, Sepanyol, awal pagi nanti.

Selain kemenangan tersebut, The Reds memiliki rekod menang kesemua aksi di tempat lawan dalam semua kejuaraan musim ini.

Sementara, pengendali Villarreal, Unai Emery pula mencatat 84% kadar kejayaan sebagai jurulatih dalam perlawanan kalah mati Eropah sejak 2010.

“Kesemua permainan tersebut cukup baik. Tetapi kami belum lagi menang dan menanti serangan balas (Villareal). Kami akan bermain mengikut rentak tersendiri seperti biasa dan terus memberi serangan. Jika tidak, kami berisiko dihukum dan kami bersedia untuk sebarang kemungkinan. Sama-sama kita nantikan," kata Jurgen Klopp.


(Pengendali Liveerpool, Jurgen Klopp/Fail)

Liverpool hanya pernah tewas sekali tahun ini dan mereka ketika ini mahu melakar sejarah memburu empat trofi berturut-turut.

Klopp mengakui kematangan dan pengalaman adalah penting namun ia bukan menjadi faktor penentu.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan Roberto Firmino kini kembali cergas selepas mengalami kecederaan kaki namun tidak akan diturunkan pada aksi kali ini berikutan masih belum pulih sepenuhnya.-AFP

Media Baharu