fb fb fb fb fb

Benam Poland 2-1, skuad tenis kerusi roda mula dengan langkah kanan

VILAMOURA, 3 Mei- Skuad negara memulakan saingan Kejohanan Tenis Berkerusi Roda Piala Dunia Berpasukan dengan langkah kanan selepas mengatasi Poland dengan keputusan 2-1.

Abu Samah Borhan dan Mohamad Yusshazwan Yusuf, masing-masing menang dalam acara individu, namun terpaksa akur tewas dalam acara berpasukan.

Mohamad Yusshazwan Yusuf yang turun selaku pemain pertama tidak berdepan masalah mengatasi Dominik Bukala dalam aksi straight set, 6-1, 6-1.

BagiĀ Abu Samah Borhan pula terpaksa berhempas pulas selama satu jam 55 minit sebelum menumpaskan Kamil Fabisiak dalam aksi tiga set yang berakhir 1-6, 6-2, 7-5.

Kedua-dua mereka yang kemudiannya turun dalam aksi berpasukan bagaimanapun tewas 2-6, 6-0, 6-10 dalam tempoh 37 minit.

Kekalahan itu bagaimanapun tidak menghalang Malaysia memperoleh kemenangan pertama dalam aksi kumpulan D yang turut disertai tuan rumah Portugal, Sepanyol dan Poland.


(Malaysia catat kemenangan berdepan Poland untuk saingan Kejohanan Tenis Berkerusi Roda Piala Dunia Berpasukan)

Media Baharu