fb fb fb fb fb

Liverpool terus buru kejuaraan EPL

FOTO AFP

LONDON, 24 Januari - Liverpool menghidupkan peluang memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Crsytal Palace, 3-1 di laman sendiri, lewat malam tadi.

Gol-gol kemenangan pasukan dijaringkan Virgil van Dijk, Alex Oxlade-Chamberlain dan sepakan penalti Fabinho.

Satu-satunya gol Palace, sumbangan Odsonne Edouard.

The Reds, yang berada di kedudukan kedua liga, kini hanya dibezakan sembilan mata dengan pendahulu, Manchester City.

Sementara itu, penghuni tangga ketiga, Chelsea menewaskan Tottenham Hotspur, 2-0 di Stamford Bridge.

Arsenal pula terlepas peluang untuk mara ke kedudukan empat teratas selepas seri tanpa jaringan dengan Burnley.

Leicester City seri satu sama ketika menentang Brighton. - AFP

 

Media Baharu