KUALA LUMPUR, 24 Januari - Skuad badminton negara mencipta sejarah apabila pemain muda memenangi dua kejohanan antarabangsa, semalam.
Man Wei Chong - Tee Kai Wun merangkul gelaran sulung acara beregu lelaki dalam Kejohanan Antarabangsa India Syed Modi 2022 di Lucknow.
Sekali gus menjadi gelaran pertama buat pasangan itu, musim ini.
Mereka yang juga pilihan keenam kejohanan, memerlukan 33 minit untuk mengecewakan wakil tuan rumah, Krishna Garaga - Vishnuvardhan Panjala 21-18, 21-15.
Sementara itu, Anna Ching - Teoh Mei Xing pula meraih gelaran juara beregu wanita.
Pasangan itu menewaskan gandingan tuan rumah, Treesa Jolly - Gayatri Gopichand Pullela 21-12, 21-13 dalam masa 32 minit.
Pada masa sama, gelaran juara turut diraih perseorangan lelaki, Kok Jing Hong di Terbuka Sweden 2022.
Kejayaan itu hadir, selepas rakan sepasukan Yeoh Seng Zoe menarik diri, susulan kecederaan pada final di IFU Arena di Uppsala.
Sekali gus membolehkan Jing Hong meraih gelaran pertamanya dipentas antarabangsa. - BERNAMA