fb fb fb fb fb

Liverpool sambar Gakpo

(FOTO AFP)

EINDHOVEN, 27 Disember- Liverpool dilaporkan telah memenangi perlumbaan bagi menandatangani penyerang antarabangsa Belanda, Cody Gakpo selepas PSV Eindhoven mencapai persetujuan bersama semalam.

Gakpo penjaring terbanyak Belanda pada Piala Dunia 2022 di Qatar sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke seteru utama Liverpool, Manchester United.

"PSV dan Liverpool mencapai persetujuan berhubung perpindahan Cody Gakpo", menurut kenyataan yang dikeluarkan PSV.


(Pemain Belanda, Cody Gakpo / FOTO AFP)

Kenyataan itu turut menyebut Gakpo akan ke England dalam masa terdekat bagi melengkapkan keperluan bagi tujuan perpindahan.

Pengurus besar PSV, Marcel Brands berkata yuran perpindahan Gakpo dipercayai memecahkan rekod kelab Belanda.

Menurut laporan, harga yuran perpindahan tersebut mencecah sekurang-kurangnya 50 juta Euro.

Kehadiran Gakpo bakal menambah pilihan kepada Liverpool dibahagian serangan selepas berjaya mengikat Luis Diaz dan Darwin Nunez sebelum ini.

'The Reds' kini berada di tempat keenam liga, selepas permulaan hambar pada awal musim.

Liverpool mencatatkan kemenangan ketiga berturut-turut selepas menewaskan Aston Villa 3-1-AFP

Media Baharu