KELANA JAYA, 24 April- Skuad Harimau Malaya kini giat melakukan persiapan bagi aksi penting Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027.
Skuad kebangsaan bakal menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, 10 Jun ini.
Ketua Jurulatih Kebangsaan, Peter Cklamovski yakin pasukan memiliki keupayaan menumpaskan lawan.
"Kita perlu persiapan rapi kerana ia diluar musim dan pemain berehat selepas berakhirnya liga yang panjang. Pemain akan sertai kem latihan untuk persediaan menentang lawan yang kuat.
Bukan mudah untuk kalahkan Vietnam, namun ia tidak mustahil. Kami akan berikan segala-galanya untuk mencapai kejayaan itu," kata Cklamovski kepada pemberita, hari
Kem latihan pusat dijadual bermula 16 Mei ini.
Beberapa perlawanan persahabatan turut dirancang bagi membantu pasukan mendapatkan rentak permainan.
Harimau Malaya menghuni tangga kedua Kumpulan F selepas satu perlawanan, berkongsi tiga mata dengan Vietnam di tangga teratas.
Sementara itu, Nepal dan Laos di kedudukan tiga dan empat tanpa sebarang mata.