KUANTAN, 24 April - Peminat dan penyokong Sri Pahang FC dijemput hadir beramai-ramai ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Sabtu ini bagi menyaksikan pasukan itu, yang akan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi final Piala Malaysia 2024/2025.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, menyarankan penyokong agar membeli tiket lebih awal sebagai tanda sokongan kepada pasukan itu selepas 11 tahun kembali mengulangi kejayaan ke pentas akhir.
"Pahang menang 2-1. Saya menyeru semua peminat bola sepak Pahang datang beramai-ramai memberi sokongan kepada pasukan kita," kita Wan Rosdy kepada pemberita.
Perlawanan tersebut bakal menyaksikan Sri Pahang FC berdepan JDT dalam perlawanan akhir sekali gus mengulangi pentas akhir Piala Malaysia 2014 yang menyaksikan Tok Gajah menjulang piala tersebut.