fb fb fb fb fb

Liverpool buru tempat ke Liga Juara musim depan

(FOTO AFP)

LIVERPOOL, 26 Disember-Liverpool perlu menamatkan saingan musim ini dalam kelompok empat teratas jika mahu beraksi dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah serta menarik minat pemain bintang ke Anfield, musim depan.

Demikian jelas pengurusnya, Jurgen Klopp mengenai minat The Reds terhadap bintang muda England, Jude Bellingham menjelang pertemuan 'Boxing Day' dengan Aston Villa awal pagi esok.

Musim ini Liverpool menampilkan prestasi tidak menentu sehingga menyaksikan mereka di tangga keenam liga, tujuh mata di belakang posisi keempat yang menawarkan slot kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah.


(Pengurus Liverpool, Jurgen Kloop / FOTO AFP)

Klopp menjelaskan, posisi 4 teratas tetap menjadi misi utama Liverpool selepas juara 2019 itu jauh ketinggalan 15 mata kepada pendahulu Arsenal.

Pengendali dari Jerman itu juga tanpa berselindung mendedahkan minatnya terhadap penyerang Borussia Dortmund, Jude Bellingham.

Tambahnya, pemain berusia 19 tahun itu akan memilih Anfield sebagai destinasi musim depan jika The Reds berjaya layak ke kempen Eropah.

Liverpool berdepan krisis kecederaan apabila turun menentang Aston Villa esok tanpa trio penyerang Luis Diaz, Diogo Jota dan Roberto Firmino.

Media Baharu