RIYADH, 26 Disember-Kelab bola sepak Arab Saudi, Al Nassr FC masih menunggu keputusan bintang sensasi Cristiano Ronaldo sama ada bersetuju untuk menyertai kelab berkenaan.
Pengarahnya, Marcelo Salazar berkata rundingan untuk mendapatkan bintang Portugal itu sudah dimulakan.
Ronaldo, 37 tahun yang pernah beraksi bersama Real Madrid dan Juventus telah meninggalkan kelab terbarunya, Manchester United November lalu.
Al Nassr mula mengintai peluang untuk mendapatkan khidmat pemain itu sejak awal Disember dan setakat ini belum ada sebarang perjanjian mengenai perkara itu dimuktamadkan.
Menurut Salazar, pihaknya kini masih menunggu kata putus dari Ronaldo dan mereka mungkin akan mendapat jawapan sebelum Januari 2023.
"Saya tidak boleh mengatakan ya atau tidak setakat ini. Kita tunggu dan lihat hasilnya bagaimana menjelang penghujung tahun.
"Seperti yang anda saksikan, ini rundingan yang sangat besar, bukan sahaja untuk kelab, tetapi untuk negara dan bola sepak dunia dan perlu dikendalikan oleh pihak berkuasa yang lebih tinggi," katanya.
Dalam laporan lain mengatakan, Al Nassr menawarkan kontrak bernilai 600 juta euro bagi tempoh 3 tahun.
(Cristiano Ronaldo/ FOTO FB Cristiano)