fb fb fb fb fb

Kemelut Faisal, TFC diharap dapat selesai secara baik

KUALA TERENGGANU, 27 Disember- Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) meminta bekas pemain Terengganu FC (TFC) Faisal Abd Halim menghantar surat rasmi kepada Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) bagi menyelesaikan pertikaian antara kedua-dua pihak berkenaan.

Ia susulan kenyataan pemain kebangsaan itu yang mendakwa bahawa gaji terakhir beliau dipotong tanpa mengikut prosedur atau sebarang amaran daripada pihak pengurusan TFCSB.

Menteri Besar Terengganu yang juga Presiden PBSNT, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata perkara tersebut boleh diselesaikan secara baik tanpa perlu melibatkan pihak lain termasuk media.

"Kita menunggu surat daripada pihak beliau. Kita juga akan berkomunikasi secara rasmi. Terdapat isu yang perlu diselesaikan dan beliau sebenarnya boleh membuat rayuan," katanya ketika ditemui pemberita selepas Kongres Tahunan PBSNT 2022 di Batu Buruk, di sini.


(Tindakan tersebut disifatkan sebagai menyalahi peraturan kelab)

Ahmad Samsuri turut meluahkan rasa terkilan dengan tindakan pemain itu yang sebelum ini sering membuat kenyataan berunsur kontroversi kepada media dan meluahkan rasa tidak puas hati kepada pihak pengurusan TFCSB menerusi media sosial.

Tindakan tersebut disifatkannya sebagai menyalahi peraturan kelab.

Media Baharu