fb fb fb fb fb

Zidane calon utama latih Brazil

(FOTO AFP)

PARIS, 26 Disember-Zinedine Zidane antara calon yang dipertimbangkan untuk mengisi jawatan pengendali Brazil, lapor media Perancis, L’Equipe.

Konfederasi Bolasepak Brazil (CBF) kini masih lagi mencari calon terbaik bagi mengisi kekosongan jawatan ketua jurulatih susulan perletakan jawatan Tite sejurus selepas "La Selecao" tewas di suku akhir Piala Dunia 2022.

Zidane atau lebih dikenali dengan panggilan Zizou kini tidak membimbing mana-mana pasukan selepas meninggalkan Real Madrid pada Mei 2021.


(Legenda dan bekas Pengurus Real Madrid / FOTO AFP)

Mauricio Pochettino, Thomas Tuchel atau Rafael Benitez antara calon lain yang turut dikaitkan untuk kerusi panas itu.

Selain Brazil, legenda Perancis itu turut dikaitkan dengan Kelab Serie- A, Juventus bagi menggantikan pengurus ketika ini, Massimiliano Allegri.

Zidane memenangi tiga Liga Juara-Juara Eropah berturut-turut sebagai pengendali Real Madrid dari musim 2015-16 sehingga 2017-18, dan turut mengungguli La Liga pada musim 2016-17 serta 2

Media Baharu