fb fb fb fb fb

Liga Super : TFC sasar satu mata berdepan JDT

Ketua jurulatih TFC, Tomislav Steinbruckner/ Foto RTM

ISKANDAR PUTERI, 26 Julai-Terengganu FC (TFC) menyasarkan satu mata untuk dibawa pulang dari Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, malam ini.

Ketua jurulatih TFC, Tomislav Steinbruckner berkata, anak buahnya telah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi Johor Darul Ta'zim (JDT).

Steinbruckner yakin walaupun tanpa kehadiran dua tonggak utama, Muhammad Safawi Rasid dan Akhyar Rashid, skuad Penyu mampu meraih sekurang-kurangnya satu mata sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lapan perlawanan termasuk Liga Super dan Piala FA.

Dalam pada itu, Steinbruckner berkata skuad Penyu juga tidak akan menggunakan corak permainan bertahan ketika bertemu juara 10 kali berturut-turut Liga Super itu nanti.

Sebaliknya, pengendali berusia 58 tahun itu mahu anak buahnya bermain secara agresif dan mengelak kesilapan ketika melakukan serangan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD