fb fb fb fb fb

Skuad B-19 negara layak ke separuh akhir jumpa Indonesia

Foto Facebook FAM

SURABAYA, 26 Julai-Skuad muda negara berjaya menempah slot ke separuh akhir selaku juara Kumpulan C apabila bangkit dari ketinggalan untuk mengikat Thailand 1-1 pada aksi Kejuaraan Bawah 19 ASEAN 2024

Skuad kendalian Juan Torres Garrido yang juga juara bertahan terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan seawal minit keempat Thailand yang diledak Caelan Tanadon.

Memasuki babak kedua,skuad bimbingan Juan Torres Garrido itu menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti G Pavithran pada minit ke-47.

Skuad negara turut memperoleh beberapa peluang selepas itu, tetapi gagal disudahkan dengan jaringan hingga tamat permainan.

Selaku juara kumpulan, Skuad negara akan berdepan tuan rumah, Indonesia di separuh akhir, Sabtu ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD