fb fb fb fb fb

Liga Super 2024: Sabah lonjak tangga kedua

Foto Facebook nsfc1923

KOTA KINABALU, 26 Julai-Sabah FC melonjak ke tangga kedua Liga Super selepas mengatasi Negeri Sembilan FC 2-0 di sini malam tadi (Khamis).

Pasukan tuan rumah membuka tirai jaringan pada minit ke-14 menerusi Daniel Ting yang menyudahkan hantaran Telmo Castanheira.

Hasrat Negeri Sembilan untuk menyamakan kedudukan terganggu selepas pemain pertahanan Norfiqrie Talib dilayangkan kad merah pada minit ke-64 kerana mengasari Farhan Roslan.

Kesempatan berkenaan dimanfaatkan sepenuhnya skuad Sang Badak untuk menambah gol kedua hasil jaringan penalti Jafri Firdaus Chew pada minit ke-81.

Kemenangan tersebut menyaksikan Sabah meraih 10 mata untuk berada di belakang pendahulu Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mengumpul 15 mata.

Sementara Negeri Sembilan kekal di tangga tercorot hanya memungut tiga mata selepas lima perlawanan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD