fb fb fb fb fb

Liga Super :Ott kembali perkuatkan TFC

Manuel Ott kembali perkuatkan TFC

KUALA LUMPUR, 11 Mac - Teka-teka ke mana destinasi baharu bekas perancang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) musim lalu, Manuel Ott akhirnya terjawab.

Bekas pemain skuad kebangsaan Filipina itu sah menyarung jersi bekas pasukannya, Terengganu FC (TFC) bagi mengharungi saingan Liga Malaysia bagi musim 2024/2025.

Ketua Pegawai Operasi TFC Sdn Bhd, Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata, Ott sudah menandatangani kontrak selama semusim.

Pemain berusia 31 tahun itu akan mengisi kuota pemain import ASEAN dan bakal memakai jersi bernombor lapan.

Menurut pengendali skuad Penyu, Tomislav Steinbruckner, kembalinya Manuel Ott bakal menambahkan kualiti serangan pasukan ini.

Beliau telah mengikuti perkembangan dan permainan Ott selama dua musim di Malaysia dan dan amat berpuas hati dengan kualiti yang dimiliki.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD