fb fb fb fb fb

Rusia lancar kit baharu buat pasukan bola sepak kebangsaan

Pasukan bola sepak Rusia lancarkan kit pasukan terbaharu/ Reuters

MOSCOW, 11 Mac - Kesatuan bola sepak Rusia melancarkan kit baharu untuk pasukan bola sepak kebangsaannya.

Majlis pelancaran dibuat menjelang perlawanan persahabatan menentang Serbia dan Paraguay hujung bulan ini.

Kelangkapan baharu itu dihasilkan oleh syarikat tempatan 'Jogel' yang kini menjadi penaja teknikal baharu untuk skuad kebangsaan Rusia.

Penaja sebelum ini, Adidas menggantung perjanjian penajaan jersi dengan Russia sebagai tindak balas terhadap operasi ketenteraan negara itu di Ukraine.

Pasukan Rusia juga sebelum ini telah diharamkan daripada menyertai pertandingan rasmi di bawah UEFA dan FIFA sejak 2022 termasuk Piala Dunia di Qatar.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD