fb fb fb fb fb

Liga Super: Kehadiran Moses perkuatkan KDA FC

ALOR SETAR, 2 Julai-Pemain import baharu Kedah Darul Aman (KDA) FC, Moses Atede tekad mencipta impak cemerlang bagi membantu pasukan menghadapi Liga Malaysia musim ini.

Pemain berusia 25 tahun dari Nigeria itu bersedia menggalas misi mengerakkan bahagian tengah KDAFC.

Menurut Atede ini merupakan cabaran baharu buat dirinya yang pertama kali beraksi dalam Liga Malaysia.

Dia sebelum ini beraksi bersama kelab Bahrain, Al-Muharraq yang menjuarai Piala AFC pada 2021.

Kedah kini berada di tangga keempat Liga Super mengumpul 28 mata.

Skuad kendalian Nafuzi Zain akan berdepan Terengganu FC di Kuala Terengganu, Isnin ini.


(Pemain import baharu Kedah Darul Aman (KDA) FC, Moses Atede)

Media Baharu