fb fb fb fb fb

Nicolas Jackson ke Stamford Bridge

(FOTO FB / Andrey Santos)

LONDON, 1 Julai-Kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea menandatangani perjanjian dengan Villareal bagi mendapatkan penyerang kelab berkenaan, Nicolas Jackson.

Jackson yang juga penyerang Senegal itu dipercayai memeterai kontrak selama lapan tahun bagi bermain buat skuad 'The Blues' itu.

Jackson merupakan pemain kedua yang ditandatangani oleh Chelsea selepas berjaya mendapatkan penyerang Perancis, Cristopher Nkunku dengan nilai £52 juta Pound Sterling.

Kedua-dua kelab tidak mendedahkan nilai perpindahan, namun dilaporkan Chelsea membayar kira-kira £32 juta bagi mendapatkan khidmat pemain berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Sukan Chelsea, Laurence Stewart dan Paul Winstanley menganggap kehadiran Jackson bakal menguatkan lagi pasukan berkenaan dalam menghadapi kempen Liga Perdana Inggeris musim depan.

"Kami benar-benar yakin, dia (Jackson) sudah bersedia bagi melebarkan karjayanya.

"kami berharap Jackson dapat berkerjasama dengan Ketua jurulatih dan rakan sepasukan", kata mereka.

Ketika ini, Ketua jurulatih Mauricio Pochettino dilaporkan sedang membuat rombakan besar-besaran skuad 'The Blues' dengan membawa masuk banyak pemain-pemain bintang ke dalam skuad berkenaan.

Jackson sebelum ini telah menjaringkan 22 gol dalam 38 penampilannya ketika bersama Villareal di La Liga.

Selain itu, dia turut mewakili Senegal dalam penampilan sulungnya ketika menentang Belanda di peringkat kumpulan-Bbc.com


(Penyerang baharu Chelsea, Nicolas Jackson/FOTO FB Andrey Santos)

Media Baharu