fb fb fb fb fb

Farioli ketua jurulatih baharu Nice

(FOTO https://www.facebook.com/fabrizioromanoherewego)

NICE, 1 Julai-Kelab Liga 1 Perancis, Nice mengumumkan pelantikan Francesco Farioli sebagai ketua jurulatihnya yang baharu.

Farioli, 34 tahun menandatangani kontrak bagi bersama kelab itu selama dua tahun kata kelab berkenaan pada Jumaat.

Farioli bakal menggantikan bekas ketua jurulatih sebelum ini, Didier Digard yang akan mengemudikan akademi elit kelab tersebut.

Pengarah Sukan Nice, Florent Ghisolfi berkata pelantikan Farioli sangat sesuai dengan hala tuju dan falsafah permainan kelab berkenaan.

"Dia mempunyai gaya permainan moden dan cara kerja yang mengagumkan.

"Cara penguasaan bola, dan pengalamannya merupakan aset buat pasukan", kata Ghisolfi.

Farioli memulakan karier kejurulatihannya sebagai jurulatih penjaga gol dengan pelbagai kelab remaja di Italisebelum menyertai Aspire Akademi di Qatar.

Pada 2021, Farioli menyertai barisan kejurulatihan De Zerbi di Brighton dan berperanan sebagai penganalisis perlawanan.

Dia kemudian ke Turki melatih kelab Fatih Karagumruk pada usia 31 tahun, sebelum melatih kelab Alanyaspor.

Sebelum ini, kelab Nice cuba memujuk agar kelab Lorient melepaskan jurulatih Regis Le Bris.

Farioli tidak melatih mana-mana kelab selepas meninggalkan kelab Turki, Alanyaspor Februari lalu.-AFP


(Ketua jurulatih baharu Nice, Francesco Farioli/FOTO https://www.facebook.com
/fabrizioromanoherewego) 

Media Baharu