MADRID, 1 Julai-Bekas pemain tengah Arsenal, Barcelona dan Chelsea mengumumkan persaraanya daripada bola sepak di usia 36 tahun pada Sabtu.
Dia merancang untuk beralih ke bidang kejurulatihan.
Perkara tersebut diumumkan pemain itu menerusi laman sosial medianya.
"Ini merupakan saat sedih bagi saya.
"Masanya telah tiba bagi saya berhenti bermain.
"Perjalanan ini merupakan sesuatu saat yang tidak akan saya lupakan", tulis Febregas di media sosialnya.
Febregas memulakan kariernya di Akademi bola sepak Barcelona sebelum menyertai Arsenal di usia 16 tahun pada 2003.
Bersama 'The Gunners', Febregas berjaya memenangi Piala FA dan mara ke perlawanan akhir Liga Juara 2004 sebelum tewas di tangan Barcelona 2-1.
Pada 2011, Febregas kembali menyertai Barcelona dan menghabiskan masa selama tiga tahun bersama gergasi Sepanyol itu sebelum menyertai Chelsea.
Pada 2019, Febregas menyertai Monaco sebelum menyertai kelab Itali, Como yang berada di Divisyen dua liga Itali pada tahun lepas.
Febregas kekal bersama Como dan bakal melatih skuad simpanan dan remaja kelab itu.
"Ini merupakan projek kelab dan saya teruja tentang perkara tersebut.
"Kelab ini telah memenangi hati saya sejak hari pertama saya menyertainya.
"Tawaran menjadi jurulatih adalah satu kebetulan yang tepat dalam karier saya.Saya menerimanya dengan tangan terbuka", kata Febregas lagi.
Ketika kemuncak kariernya, Febregas telah memenangi Piala Dunia 2010 dan dua kejuaraan Eropah ketika bersama Sepanyol.
Manakala bersama Chelsea, dia berjaya memenangi dua kejuaraan Liga Perdana dan dua kejuaraan La Liga bersama Barcelona.-AFP