fb fb fb fb fb

Liga Super: Boakye tidak sabar bertemu JDT

(FOTO RTM)

SHAH ALAM, 2 Julai-Pemain import baharu Selangor FC, Richmond Boakye, tidak sabar untuk bertemu dengan kelab Johor Darul Ta'zim, JDT dalam saingan liga Super.

Boakye yang menyaksikan pasukan The Red Giant tewas 0-4 kepada JDT dalam saingan separuh akhir Piala FA percaya pasukannya hanya melakukan kesalahan kecil ketika tewas kepada Harimau Selatan.

"Saya telah melihat perlawanan berkenaan. Pasukan Selangor hanya membuat satu atau dua kesilapan.

"Pada separuh masa kedua, Selangor bermain dengan baik. Hanya kesilapan kecil yang menyebabkan mereka tewas.

"Saya suka bermain menetang pasukan (JDT) seperti itu. Menjaringkan gol dan menewaskan mereka merupakan perasaan yang bagus", katanya ketika ditemui media di sini.

Hasrat Boakye mungkin tercapai bulan ini selepas Selangor dijadual bertemu JDT pada 29 Julai di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru.


(Pasukan Selangor)

Media Baharu