fb fb fb fb fb

Liga Super: KDN FC raih kemenangan pertama

Foto BERNAMA

KOTA BHARU, 24 Jun-Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) berjaya meraih kemenangan dalam Liga Super selepas menewaskan PDRM FC 1-0 di Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Ahad.

Gol tuan rumah hadir pada minit ke 28 hasil sepakan penalti yang disempurnakan ketua pasukan , Oday Kharoub.

Sepakan penalti itu diterima hasil semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) selepas pertahanan tuan rumah, Michal Jerabek dijatuhkan dalam kotak penalti.  

Walaupun PDRM cuba bangkit namun ketumpulan barisan serangan menyaksikan babak pertama berakhir dengan keputusan 1-0.

Bersambung babak kedua, Skuad Kijang Emas meningkatkan asakan dan hampir mendapat gol kedua menerusi pemain import Valdumar Augusto pada minit ke-48, namun dibatalkan pengadil perlawanan, Muhammad Shukor Zulkiflee selepas Valdumar berada pada kedudukan offside.

Keputusan berkenaan memberikan KDN FC tiga mata penuh bagi berada kedudukan ke-12 liga.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD