fb fb fb fb fb

Copa America: Pulisic bantu AS tewaskan Bolivia

Penyerang Amerika Syarikat, Christian Pulisics beraksi ketika menentang Bolivia pada Ahad/Foto REUTERS

ARLINGTON, 24 Jun-Jaringan Christian Pulisic dan Folarin Bologun membolehkan tuan rumah Amerika Syarikat (AS) membenam cabaran Bolivia pada perlawanan Kumpulan C yang berlangsung pada Ahad.

Kemenangan itu membolehkan AS mengutip tiga mata penuh yang bakal berdepan Uruguay dan Panama dalam kumpulan sama.

Pada perlawanan tersebut, Pulisic berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-3 selepas mendapat hantaran lintang di sebelah kiri sebelum melepaskan rembatan kencang menewaskan penjaga gol Bolivia, Guillermo Viscarra bagi menjadikan kedudukan 1-0.

Pasukan AS yang menguasai keseluruhan perlawanan gagal memanfaatkan penguasaan kepada peluang bagi menambahkan gol selepas Bolivia mempamerkan permainan keras.

Permainan keras tersebut menyaksikan pengadil perlawanan, Maurizio Mariani terpaksa melayangkan kad kuning kepada tiga pemain Bolivia.

AS menggandakan jaringan pada minit ke-44 melalui Folarin Bologun yang mendapat umpanan Pulisic sebelum melepaskan rembatan menggegarkan jaring bagi menjadikan kedudukan 2-0.

AS bakal bertemu Panama pada Khamis ini.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD