fb fb fb fb fb

Liga Super: KDA FC seri 1-1, Jordan Mintah wira Kuching City

Foto FB KDA FC

ALOR SETAR, 27 Julai- Hasrat Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk meraih kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian.

Mereka terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 dengan Kuching City FC di Stadium Darul Aman.

Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada babak pertama.

Pada babak kedua, skuad Sang Kenari akhirnya berjaya memecah kebuntuan gol menerusi penyudah Mohd Hasbullah Abu Bakar pada minit ke-60.

Namun, Kuching City dihadiahkan sepakan penalti di lewat permainan dan Jordan Mintah tenang menyempurnakannya.

Keputusan perlawanan kekal seri 1-1 sehingga tamat permainan.

Dalam pada itu, di Kota Bharu, pasukan pelawat Perak FC meraih kemenangan kedua liga dengan menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) FC 3-1.

Aksi di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV itu bagaimanapun tertangguh kira-kira 30 minit disebabkan hujan lebat.

Perak FC mendahului 1-0 di separuh masa pertama hasil gol Muhammad Firdaus Saiyadi pada minit ke-43.

Derita Tuan Rumah ditambah apabila kapten pasukan pelawat Luciano Guaycochea menyumbat dua gol pada separuh masa kedua.

KDN FC memperoleh gol sagu hati hasil jaringan Muhammad Syahir Ab Rashid pada minit ke-85.

Perak kemudian terpaksa bertahan dengan 10 pemain selepas Guaycochea diperintah keluar padang selepas mengutip kad kuning kedua.

 

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM