fb fb fb fb fb

Paris 2024: Acara street skateboarding lelaki ditangguh akibat hujan

FOTO HIASAN

PARIS, 27 Julai- Hujan lebat memaksa pertandingan papan selaju (street skateboarding) lelaki Olimpik ditangguhkan selama 48 jam, kata penganjur pada Sabtu.

Kenyataan penganjur Paris 2024 memaklumkan pusingan awal dan akhir acara itu, yang sepatutnya berlangsung pada hari Sabtu, kini akan diadakan pada Isnin.

"Disebabkan keadaan cuaca semalaman yang buruk dan selepas mesyuarat pagi ini dengan semua penganjur yang berkaitan, keputusan telah diambil untuk menangguhkan papan selaju jalanan lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024 sehingga Isnin 29 Julai," kata kenyataan itu.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE