fb fb fb fb fb

Liga Super: JDT semakin sukar dicabar

(FOTO FB JOHOR Southern Tigers )

JOHOR BAHRU, 9 Julai- Saingan Liga Super menyaksikan JDT terus mengekalkan rekod tanpa kalah dan kini telah meraih kemenangan ke-16 dalam semua perlawanan liga yang berlangsung ketika ini.

Skuad Harimau Selatan menang 2-0 menentang Negeri Sembilan FC (NSFC), di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan JDT terus unggul di puncak Liga Super dengan 48 mata.

Skuad bimbingan Esteban Solari kini dibezakan dengan kelebihan 14 mata daripada pasukan tangga kedua, Selangor FC.

Dalam aksi malam tadi, gol pertama JDT dijaringkan pada minit ke-20 menerusi tandukan Feroz Baharudin.

Pada minit ke-44, giliran Leandro Velazquez menambah derita NSFC apabila pemain itu berjaya meledak gol kedua tuan rumah untuk kemenangan 2-0.

Selepas ini JDT dijadual menentang Kelantan FC di Stadium Sultan Mohammad IV pada 14 Julai.

Dalam pada itu, Jurulatih JDT, Esteban Solari berkata, meskipun babak kedua berlangsung sedikit hambar namun pasukannya masih mampu menghadiahkan tiga mata untuk memastikan skuad Harimau Selatan kekal dengan rekod tanpa kalah.

"Kami bermain dengan baik pada separuh masa pertama namun pada separuh masa kedua sedikit sukar. Kami tidak begitu gembira kerana pasukan berupaya melakukan beberapa percubaan
mendapatkan jaringan namun tidak menghasilkan gol pada separuh masa kedua," katanya.


(Jurulatih JDT, Esteban Solari)

 

Media Baharu