fb fb fb fb fb

LIV Golf Chicago:Johnson, Garcia berkongsi kedudukan pendahulu hari pertama

Dustin Johnson cemerlang pada aksi hari pertama saingan LIV Golf Chicago / Foto AFP

CHICAGO, 9 Ogos - Dua pemenang kejohanan Masters, Dustin Johnson dan Sergio Garcia cemerlang pada aksi hari pertama saingan LIV Golf Chicago apabila berkongsi kedudukan pendahulu.

Saingan yang berlangsung di Bolingbrook Golf Club, Chicago menyaksikan dua pemain tersebut mencatat 4 di bawah Par, 67 pukulan.

Dalam aksi tersebut, Johnson yang bermula di lubang 17 dilihat masih mencari pukulan terbaik pada aksi 9 lubang pertama apabila melakukan dua birdie dan dua bogey.

Bagaimanapun pemenang Masters 2020 itu mula bangkit pada aksi 9 lubang kedua dengan empat bogey selain berupaya elak daripada melakukan bogey.

Dalam pada itu, Garcia yang turut bermula di lubang 17 mempamerkan aksi 9 lubang pertama dengan baik apabila mencatat tiga birdie dan hanya melakukan satu bogey.

Pemenang Masters 2017 itu dilihat sedikit bergelut dengan pukulannya pada aksi 9 lubang kedua yang menyaksikannya melakukan tiga bogey biarpun berupaya melakukan empat birdie.

Sementara itu, enam pemain iaitu Phil Mickelson, Brooks Koepka, Bryson DeChambeau, Jon Rahm, Tyrrell Hatton dan Dean Burmester berkongsi kedudukan ketiga pada saingan hari pertama kejohanan di Chicago.

Enam pemain tersebut menamatkan aksi 18 lubang dengan catatan 3 di bawah par. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN