fb fb fb fb fb

Skuad berbasikal remaja sasar sejarah di Belanda

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim (kiri) beramah mesra bersama peserta Jelajah Kayuhan Solidariti ASEAN 2025 di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu / Foto Hiasan / Bernama

KUALA TERENGGANU, 9 Ogos – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meletakkan harapan tinggi kepada skuad berbasikal remaja negara untuk mencipta kejayaan pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia Remaja di Apeldoorn, Belanda, dari 20 hingga 24 Ogos ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata barisan pelapis negara yang dibimbing jurulatih berpengalaman kini giat menjalani latihan intensif bagi memastikan mereka mampu bersaing dengan pelumba handalan dunia.

0908 SKN TRG ADLI BERBASIKAL REMAJA 2Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim

“Sebelum ini kita belum mencipta sejarah di kejohanan ini. Harapan kita adalah menjadikan edisi kali ini sebagai sejarah baharu, sekali gus melahirkan lebih ramai pelumba pelapis seperti Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus, Fatehah Mustapa dan ramai lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melepaskan peserta Jelajah Kayuhan Solidariti ASEAN 2025 di Dataran Batu Buruk, di sini.

Empat pelumba muda yang menjadi sandaran negara ialah Sawda Hasbullah, Nur Umairah Qhaisara Zulfikha Razak, Luqman Haqim Ali Badrun dan Yu Jing Liang.

Sawda sebelum ini mencipta kejutan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia di Velodrom Nasional Nilai, Februari lalu, apabila meraih dua pingat emas dan satu perak.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN