BUKIT KIARA, 8 Julai- Pemain pilihan utama, Leong Jun Hao menepati ramalan mara ke pusingan akhir Kejohanan Badminton Kebangsaan 2023.
Beliau mudah menewaskan juara dua kali, Lim Chi Wing dalam aksi straight set 21-15,21-17.
Jun Hao mengakui prestasi Chi Wing bukan dalam keadaan terbaik kerana tidak menjalani latihan secara sepenuh masa.
"Corak permainan kena lebih sabar sebab kita main "rally" untuk kutip matalah. Tambah pula, dia pun kurang latihan, maka mesti ada kurang dari aspek fizikal dia. Saya kutip mata dengan "rally" panjang lah, kena tahan sikit," kata Jun Hao kepada pemberita.
Jun Hao dijadual bertemu Muhammad Shaqeem Eiman yang sebelum itu menewaskan Chua Kim Sheng dalam satu lagi pertemuan separuh akhir.
Sementara itu, saingan wanita pula menyaksikan, pemain pilihan kedua kejohanan K. Letshanaa menewaskan Siti Nurshuhaini dalam aksi tiga set, 21-9,10-21,21-15.
Letshanaa bakal berdepan Wong Ling Ching dalam pertembungan final.
"Secara keseluruhan, persembahan saya tidak begitu baik. Saya belajar sesuatu dari perlawanan ini dan akan bersedia untuk perlawanan esok," kata Letshanaa kepada pemberita hari ini.
(FOTO BAM)