fb fb fb fb fb

Terbuka Cincinnati: Emilio Nava tewaskan bekas juara, Borna Coric

Pemain Amerika Syarikat, Emilio Nava/Reuters

OHIO, 9 Ogos- Pemain kelayakan Amerika Syarikat, Emilio Nava menewaskan bekas juara, Borna Coric dengan keputusan 6-3, 7-5 pada pusingan pertama Cincinnati Masters, Jumaat lalu.

Coric, juara kejohanan pada 2022, tewas kepada Nava yang berasal dari Los Angeles dan dijangka akan memasuki kelompok 100 pemain terbaik dunia, selepas menampilkan permainan agresif dari belakang gelanggang.

Nava kini sedang dalam prestasi cemerlang di gelanggang keras, selepas berjaya mara ke pusingan ketiga ATP Masters 1000 pertama di Toronto, minggu lalu.

Cabaran seterusnya ialah perlawanan getir menentang rakan senegaranya, Taylor Fritz, yang merupakan pilihan ke-4 kejohanan. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM